Friday, May 9, 2008

Entah perkara apa yang merunsingkan aku semalam,
Pagi ini aku seakan tiada 'mood'

Di dalam tren, waktu aku berjalan, hati aku menangis
Mungkin kerana terlalu memikirkannya
Mungkin kerana aku terlalu rindu padanya
Mungkin kerana aku merasa kekesalan yang teramat atas segala kesilapanku

Dan padah yang aku terima
Berupa kehilangan dia

Mungkin sahaja semua ini mempunyai hikmahnya
Jika tidak aku akan terus mendera hatinya
Aku tidak akan sedar yang aku menyeksa jiwanya
Aku perempuan yang selalu lupa pada diri

Kasihan dia
Kasihan sungguh kerana terpaksa melayan kerenahku

Dia memang layak memiliki bidadari
Dia layak memiliki lebih dari itu
Kerana bagiku dia umpama malaikat
Penerang jalan hidupku
Pembimbing diriku
Penghibur di kala aku dirundung kesedihan
Dekat denganku ketika aku keseorangan
Menghulurkan tangan ketika tiada siapa yang mampu
Penyeri hidupku

Tapi apa yang dia terima dariku
Hanyalah kesakitan
Kesedihan
Penderitaan

Layakkah aku untuk menagih cintanya kembali?
Wanita sepertiku memang tidak layak untuk mana-mana lelaki

Biar diriku sendiri
Meratapi kejahilan diri
Mengabadikan cintanya
Dan terkubur bersama

7 comments:

david santos said...

Excellent work.
Terima kasih

lupikirlahsendiri said...

haiyaaa...wa lasa ahhh.. lu aaa amoi jgn tagih2 cinta maa.. nanti aa lu jadi penagih maa.. nanti itu balang sudah abis susah mau cali maa..cinta mana ada jual..kasi olang lain lahh

hEr namE is diEla said...

susah woo.. mau kasi sama orang lain pun susah wooo. itu barang sudah tak ada..

Tok Rimau said...

Buatlah orang lain gembira. Nescaya kau juga gembira.

hEr namE is diEla said...

tok rimau,
TERIMA KASIH

Anonymous said...

Yang dah lepas tu, lepaslah. jangan pandang belakang..

hEr namE is diEla said...

sis phu ying,
saya akan berusaha ke arah itu.
TQ :)